Saturday, November 16, 2013

PENDIDIKAN UNTUK MURID KEPERLUAN KHAS

KEPELBAGAIAN ISTILAH BAGI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS


Kanak-kanak luar biasa (exceptional children)


Kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa; merangkumi mereka yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran dan juga mereka yang menunjukkan pencapaian yang tinggi daripada kanak-kanak biasa.
Kanak-kanak kurang upaya (children with disabilities)
• Kekurangan atau kehilangan fungsi anggota badan atau organ sering digunakan secara sinonim dgn mereka yang mempunyai ketidakupayaan atau ketidaksempurnaan. Ketidakupayaan ini menghalang dan menghadkan keupayaan mereka dalam melaksanakan tugas-tugas yang dapat dilakukan oleh orang biasa.
Kanak-kanak yang mengalami kecacatan (handicapped Children)
• Masalah yang dihadapi oleh mereka yang mempunyai ketidakupayaan atau kecacatan ketika berinteraksi dengan dengan persekitaran.



Kanak-kanak berisiko (at risk children)


• Mereka tidak mengalami kecacatan tetapi dianggap mempunyai kemungkinan yang besar mengalami sesuatu kecacatan. Mereka menghadapi masalah dalam kelas biasa dan berisiko untuk menjadi cacat.

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

• Pendidikan khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang terlibat bersama golongan kanak-kanak khas, tetapi perlu diketahui oleh setiap lapisan masyarakat, terutamanya para guru di sekolah. Ini penting bagi membantu para guru mengenal pasti kanak-kanak yang mungkin menghadapi masalah dalam pembelajaran yang dapat dikaitkan dengan faktor-faktor tertentu.


DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS


• Pendidikan Khas ialah pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak dengan keperluan khas. Mereka termasuklah golongan yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran, serta yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan pintar cerdas.
• Pendekatan definisi baharu kanak-kanak dengan keperluan khas menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran perkembangan (developmental skills). Pendekatan tradisi atau terdahulu menekankan kepada kecacatan dan ketidakupayaan individu.
• “Special education means specially designed instruction that meets the unusual needs of exceptional children.” (Hallahan & Kauffman, 1994)
• "...Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. PK menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang standardize atau biasa."
(Culcatta, R.A., & Tompkins J.R. Fundamentals of Special Education, 1999)


FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS:


" Pendidikan khas di Malaysai adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan peroduktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.”


OBJEKTIF PENDIDIKAN KHAS


• Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid dengan keperluan khas
• Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas
• Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas
• Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini
• Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas


CIRI-CIRI ‘KHAS’ PENDIDIKAN KHAS


1. Guru-guru terlatih khas
2. Pendekatan pelbagai disiplin
3. Program pendidikan yang diindividukan (Individualized Education Programme)
4. Kurikulum yang khas
5. Objektif pengajaran yang nyata, bermakna, khusus dan bersifat jangka pendek.
6. Penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran
7. Penilaian kemajuan yang kerap dan berterusan, dan rekod penilaian yang sesuai
8. Kaedah pengajaran yang khas
9. Kaunseling ibu bapa


KHIDMAT YANG DISEDIAKAN OLEH KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT (Maklumat Pendidikan Khas 2007)


• Cacat fizikal yang teruk
• Rencatan akal sederhana dan teruk
• Pelbagai kecacatan dan
• Kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.


Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia adalah:


• Sindrom Down
• Autisme ringan
• Attention Deficit Hyperaktif Disorder
• Terencat akal minimum
• Bermasalah pembelajaran spesifik (disleksia)


KONSEP PROGRAM KHAS MENURUT AKTA PENDIDIKAN 1996


Program Khas bererti:
1. Satu program yang disediakan di sekolah khas* bagi murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran.
2. Program Percantuman/Integrasi di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran; dan
3. Program Pendidikan Inklusif bagi murid-murid yang berkeperluan khas yang boleh menghadiri kelas biasa bersama-sama murid biasa.


Konsep Sekolah Khas menurut Akta Pendidikan 1961

• Sekolah Khas ialah sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya.

SENARIO PENDIDIKAN KHAS
Akta Pendidikan 1996: Murid-murid berkeperluan khas di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan ditakrifkan sebagai murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang dimaksudkan ialah mereka yang ada masalah kognitif yang dianggap boleh diajar (educatable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal yang merangkumi:
• Kanak-kanak Down Syndrom
• Kanak-kanak Autistik Ringan
• Kanak-kanak kurang keupayaan mental
• Kanak-kanak bermasalah emosi
• Kanak-kanak bermasalah kesihatan
• Kanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan

No comments:

Post a Comment