Saturday, November 16, 2013

PENDIDIKAN UNTUK MURID KEPERLUAN KHAS

KEPELBAGAIAN ISTILAH BAGI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS


Kanak-kanak luar biasa (exceptional children)


Kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa; merangkumi mereka yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran dan juga mereka yang menunjukkan pencapaian yang tinggi daripada kanak-kanak biasa.
Kanak-kanak kurang upaya (children with disabilities)
• Kekurangan atau kehilangan fungsi anggota badan atau organ sering digunakan secara sinonim dgn mereka yang mempunyai ketidakupayaan atau ketidaksempurnaan. Ketidakupayaan ini menghalang dan menghadkan keupayaan mereka dalam melaksanakan tugas-tugas yang dapat dilakukan oleh orang biasa.
Kanak-kanak yang mengalami kecacatan (handicapped Children)
• Masalah yang dihadapi oleh mereka yang mempunyai ketidakupayaan atau kecacatan ketika berinteraksi dengan dengan persekitaran.



Kanak-kanak berisiko (at risk children)


• Mereka tidak mengalami kecacatan tetapi dianggap mempunyai kemungkinan yang besar mengalami sesuatu kecacatan. Mereka menghadapi masalah dalam kelas biasa dan berisiko untuk menjadi cacat.

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS

• Pendidikan khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang terlibat bersama golongan kanak-kanak khas, tetapi perlu diketahui oleh setiap lapisan masyarakat, terutamanya para guru di sekolah. Ini penting bagi membantu para guru mengenal pasti kanak-kanak yang mungkin menghadapi masalah dalam pembelajaran yang dapat dikaitkan dengan faktor-faktor tertentu.


DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS


• Pendidikan Khas ialah pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak dengan keperluan khas. Mereka termasuklah golongan yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran, serta yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan pintar cerdas.
• Pendekatan definisi baharu kanak-kanak dengan keperluan khas menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran perkembangan (developmental skills). Pendekatan tradisi atau terdahulu menekankan kepada kecacatan dan ketidakupayaan individu.
• “Special education means specially designed instruction that meets the unusual needs of exceptional children.” (Hallahan & Kauffman, 1994)
• "...Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. PK menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang standardize atau biasa."
(Culcatta, R.A., & Tompkins J.R. Fundamentals of Special Education, 1999)


FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS:


" Pendidikan khas di Malaysai adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan peroduktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.”


OBJEKTIF PENDIDIKAN KHAS


• Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid dengan keperluan khas
• Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas
• Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas
• Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini
• Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas


CIRI-CIRI ‘KHAS’ PENDIDIKAN KHAS


1. Guru-guru terlatih khas
2. Pendekatan pelbagai disiplin
3. Program pendidikan yang diindividukan (Individualized Education Programme)
4. Kurikulum yang khas
5. Objektif pengajaran yang nyata, bermakna, khusus dan bersifat jangka pendek.
6. Penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran
7. Penilaian kemajuan yang kerap dan berterusan, dan rekod penilaian yang sesuai
8. Kaedah pengajaran yang khas
9. Kaunseling ibu bapa


KHIDMAT YANG DISEDIAKAN OLEH KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT (Maklumat Pendidikan Khas 2007)


• Cacat fizikal yang teruk
• Rencatan akal sederhana dan teruk
• Pelbagai kecacatan dan
• Kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.


Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia adalah:


• Sindrom Down
• Autisme ringan
• Attention Deficit Hyperaktif Disorder
• Terencat akal minimum
• Bermasalah pembelajaran spesifik (disleksia)


KONSEP PROGRAM KHAS MENURUT AKTA PENDIDIKAN 1996


Program Khas bererti:
1. Satu program yang disediakan di sekolah khas* bagi murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran.
2. Program Percantuman/Integrasi di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran; dan
3. Program Pendidikan Inklusif bagi murid-murid yang berkeperluan khas yang boleh menghadiri kelas biasa bersama-sama murid biasa.


Konsep Sekolah Khas menurut Akta Pendidikan 1961

• Sekolah Khas ialah sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya.

SENARIO PENDIDIKAN KHAS
Akta Pendidikan 1996: Murid-murid berkeperluan khas di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan ditakrifkan sebagai murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang dimaksudkan ialah mereka yang ada masalah kognitif yang dianggap boleh diajar (educatable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal yang merangkumi:
• Kanak-kanak Down Syndrom
• Kanak-kanak Autistik Ringan
• Kanak-kanak kurang keupayaan mental
• Kanak-kanak bermasalah emosi
• Kanak-kanak bermasalah kesihatan
• Kanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

MAKSUD ‘KEPERLUAN KHAS’


Dalam konteks ini, keperluan khas merujuk kepada keperluan kanak-kanak iaitu atas satu sebab atau yang lain memerlukan bantuan khas, sokongan, dan rangsangan. Kanak-kanak yang dirujuk di sini boleh dirujuk kepada kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lambat dalam satu atau lebih daripada sebab berikut:
▫ Kerencatan akal
▫ Kecacatan fizikal
▫ Kekurangan penglihatan
▫ Kekurangan pendengaran
▫ Gangguan pertuturan
▫ Kesukaran dalam perkembangan sosial dan emosi

Sebahagian daripada kanak-kanak ini mungkin memerlukan bantuan khas untuk sepanjang hayat mereka, sementara yang lain mungkin memerlukan bantuan untuk suatu jangka masa tertentu.


KONSEP KANAK-KANAK LUAR BIASA (EXCEPTIONAL CHILDREN)


• Kanak-kanak dianggap luar biasa apabila program pendidikan perlu di ubahsuai untuk memenuhi keperluannya. Oleh itu kanak-kanak luar biasa bukan merujuk kepada mereka yang tidak dapat menguasai pembelajaran tetapi juga mereka yang mempunyai kepintaran dan bakat yang luar biasa.
• Kanak-kanak luar biasa daripada sudut pendidikan lebih sesuai dianggap sebagai kanak-kanak berkeperluan khas (KKBK *) atau kanak-kanak istimewa.


Kirk dan rakan-rakan (1993):


• Kanak-Kanak luar biasa secara umum lebih sesuai dirujuk sebagai kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa iaitu kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak biasa dari segi:
▫ Ciri-ciri mental
▫ Keupayaan deria
▫ Keupayaan komunikasi
▫ Perkembangan tingkah laku dan emosi atau
▫ Ciri-ciri fizikal/saraf/otot

• Perbezaan ini menyebabkan mereka memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas supaya ia dapat berkembang sehingga mencapai tahap kebolehan yang maksimum.


 Konsep luar biasa dalam konteks pendidikan:


• Kanak-kanak hanya dianggap luar biasa apabila program pendidikan perlu diubah untuk memenuhi keperluannya.
• Oleh yang demikian, kanak-kanak luar biasa bukan hanya merujuk kepada mereka yang tidak dapat menguasai pembelajaran tetapi juga mereka yang mempunyai kepintaran dan bakat yang luar biasa.
• Dalam pendidikan, kanak-kanak dikategorikan sebagai kanak-kanak luar biasa berdasarkan ciri-ciri tertentu bagi tujuan pengajaran yang meliputi:
 perbezaan intelek
 perbezaan komunikasi
 perbezaan deria
 perbezaan tingkah laku
 perbezaan fizikal
 kecacatan pelbagai dan serius


 Kanak-kanak berkeperluan khas mengikut Akta Pendidikan 1996:


• Murid-murid berkeperluan khas bererti murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan, atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran.
 Kategori Kanak-Kanak Luar Biasa: Secara umumnya Kanak-kanak luar biasa boleh dikategorikan seperti berikut:
• Rencat akal
• Masalah Pembelajaran
• Masalah tingkah laku
• Masalah komunikasi
• Masalah pendengaran
• Masalah penglihatan
• Kecacatan fizikal dan kesihatan
• Kecacatan yang serius dan pelbagai
• Pintar cerdas dan pelbagai


JENIS KANAK-KANAK LUAR BIASA


(1) Kanak-Kanak Berbeza Keupayaan Mental
(a) Kanak-kanak defisit kognitif
i Kanak-kanak rencat akal
• Dari kumpulan terendah dalam skala kecerdasan (DK=70, 2.14% dpd populasi)
ii Kanak-kanak ‘Down Syndrom’
• Ciri DS: kelainan dari segi fizikal, intelek, dan personaliti
iii Kanak-kanak bermasalah pembelajaran (Learning Disabilities)
• Kanak-kanak yang mengalami masalah pemprosesan maklumat dan mempunyai keupayaan intelek yang rendah.

(b) Kanak-kanak pintar cerdas
• Dari kumpulan tertinggi dalam skala kecerdasan (DK>130, 2.14% dpd populasi)
(c) Kanak-kanak kreatif (Menghasilkan idea yang luar biasa dalam penyelesaian masalah dan berdaya cipta) dan berbakat khas (Mempunyai kebolehan luar biasa dalam bidang sukan, kraftangan, muzik, seni, drama, kepimpinan, dll)

(2) Kanak-kanak Autistik
• Mereka yang mengalami gangguan perkembangan yang luas kerana mempunyai keperluan dalam banyak aspek spt: tingkah laku, sosial, akademik, aktiviti fizikal.
• Masalah utama: interaksi & komunikasi

(3) Kanak-kanak Cacat Deria
(a) Cacat Penglihatan
• buta (20/200) atau rabun (20/70)
(b) Cacat Pendengaran
• tidak dapat mendengar langsung atau kurang pendengaran

(4) Kanak-kanak Cacat Fizikal/Anggota
• Contoh: cerebral palsy boleh mengakibatkan masalah koordinasi anggota atau masalah pergerakan-motor.
• Epilepsi: mengalami sawan, tidak sedarkan diri dan hilangan kawalan motor.
• Spastik:
 Cedera otak dan tidak berupaya menggerakkan anggota-anggotanya. Otot menjadikan pergerakan tidak harmoni. Pergerakan lambat dan tersekat-sekat.
 Biasanya kanak-kanak ini disertai rencatan akal, kerosakan penglihatan, pendengaran, pertuturan dan/atau masalah-masalah motor.

(5) Kanak-Kanak Bermasalah Komunikasi
• Masalah pertuturan dan bahasa: pertuturan yang jauh menyimpang daripada pertuturan biasa atau kod bahasa seperti tidak boleh menyebut atau memahami perkataan.
• Masalah utama: gangguan artikulasi dan kesukaran dalam menghasilkan bunyi. Masalah lain ialah masalah suara dan kelancaran pertuturan seperti ‘gagap’ (stuttering).
• Masalah komunikasi pula meliputi masalah reseptif (memahami apa yang dituturkan oleh orang lain) atau ekspresif (melahirkan apa yang ingin diperkatakan kepada orang lain), atau kedua-dua sekali menyebabkan individu tersebut tidak boleh berkomunikasi langsung dengan orang lain.

(6) Kanak-Kanak Bermasalah Tingkah Laku (Behavioral Disorder)
• Merangkumi ketidakupayaan yang luas. Yang paling serius ialah gangguan emosi seperti tingkah laku psikotik dan childhood schizophrenia.
• Ciri-ciri: suka langgar peraturan, suka mengganggu, dan ada yang agresif, tarik diri dan murung, dianggap tingkah laku yang tidak sesuai di sekolah. Mereka mempunyai kecerdasan yang normal tetapi menunjukkan pencapaian kemahiran akademik yang rendah walaupun ada yang menunjukkan pencapaian yang memuaskan.

(7) Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)
• American Psychiatric Association (1987) menyifatkan ADHD bercirikan perkembangan yang kurang sesuai daripada segi darjah tumpuan, impulsiveness, dan hyperactivity.
• Pelajar ADHD mengalami masalah dalam pencapaian akademik di samping masalah tingkah laku.
• Walaupun ADHD tidak tergolong sebagai ketidakupayaan daripada segi undang-undang, tetapi pelajar ini dianggap kurang upaya disebabkan oleh ketidakupayaan yang lain. Lagi pun, Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (1991) memerintahkan pelajar-pelajar ini diberi perkhidmatan pendidikan khas.

MURID-MURID BERMASALAH KECACATAN FIZIKAL

KECACATAN FIZIKAL

 Masalah fizikal atau anggota melibatkan keadaan jasmani seseorang yang mengganggu fungsi kehidupan sehariannya.
 Kecacatan anggota dapat dilihat dengan jelas seperti ketiadaan bahagian anggota tertentu, tidak boleh berjalan atau bergerak. Ramai antara mereka yang menggunakan kerusi roda atau tongkat untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain. Ada yang tidak dapat mengangkat badan ke paras yang tinggi dan terpaksa merangkak atau mengesot di lantai.
 Kecacatan yang tidak ketara pula adalah seperti tidak dapat mengawal pergerakan tangan dan jari spt memegang dan menyuapkan makanan, atau tidak dapat menggerakkan mulut dan bibir untuk bertutur dengan baik.
• Punca: genetik & persekitaran (kekurangan bekalan oksigen semasa proses kelahiran, ibu terdedah kepada teratogen seperti dadah dan ubat tertentu).

Cacat Anggota
• Sebab kemalangan atau cerebral palsy
• Cerebral palsy
• Masalah anggota
• Masalah pergerakan

MASALAH ANGGOTA
Jenis/nama kecacatan anggota:
Monoplegia - hanya cacat pada satu anggota
Hemiplegia - cacat anggota tangan dan kaki yang sama (sebelah kiri atau kanan)
Diplegia - kecacatan anggota kaki melebihi tangan
Quadriplegia - kedua belah kaki dan tangan
Paraplegia - hanya cacat anggota kaki
Triplegia - tiga anggota, selalunya satu tangan dan semua kaki
Double - kedua bahagian tetapi darjah hemiplegia kecacatan berbeza

CEREBRAL PALSI (Cerebral palsy)
• Cerebral merujuk kepada otak dan palsi bererti tidak dapat mengawal otot-otot dengan sepenuhnya.
(Yusri Abdul Malik,1995)
• Akibatnya yang paling ketara adalah:
▫ Gaya berjalan yang kekok
▫ Kekurangan perimbangan
▫ Pertuturan yang kurang sempurna
▫ Wajah berkerut
▫ Persepsi yang kurang tepat
▫ Terencat akal
▫ Cacat penglihatan
▫ Cacat pendengaran
▫ Kecacatan yang lain adalah kekakuan anggota, ‘tremor’ atau gegaran anggota dan campuran.

CIRI-CIRI KECACATAN
• Kesukaran sewaktu makan
• Masalah pernafasan
• Masalah tidur
• Masalah pertuturan
• Masalah pendengaran
• Kanak-kanak CP hanya akan bertindak balas terhadap bunyi yang kuat atau pun tidak bertindak balas langsung terhadap bunyi .
• Seringkali kanak-kanak ini juling atau pun mengalami mistagmus iaitu pergerakan bola mata yang berterusan .

FAKTOR-FAKTOR YANG BOLEH MENYEBABKAN KECACATAN
• Jangkitan Penyakit
• Faktor RH
• Pengambilan ubat-ubatan/ dadah
• Bahan kimia Zat makanan tidak seimbang/ pemakanan ibu tidak seimbang

MENGENAL PASTI CEREBRAL PALSI
• Masalah dalam penyusuan
• Menangis dalam nada lemah atau nada terlalu tinggi
• Otot bayi terlalu keras atau lembut
• Pergerakan yang kurang pada otot yang terbabit dengan masalah pergerakan otot
• Deria rangsangan yang terlalu sensitif. Kanak-kanak cerebral palsi boleh merasa sakit apabila disentuh.
• Air lur yang tidak dapat dikawal yang mungkin disebabkan masalah dalam proses menelan
• Sendi otot yang keras menyebabkan kaki menjadi keras

MASALAH-MASALAH YANG DIKAITKAN DENGAN CEREBRAL PALSI
Dianggarkan 5 hingga 60 peratus kanak-kanak yang menghidap cerebral palsi menghadapi beberapa masalah lain seperti:
• Lewat perkembangan mental
• Epilepsi
• Kerencatan otak
• Masalah pembelajaran
• Masalah pertuturan
• Masalah kepekakan
• Masalah penglihatan seperti juling, rabuh atau hilang ingatan
• Masalah emosi

MASALAH PERGERAKAN
• Masalah spastik – pergerakan anggota yang tidak harmoni
• Athetosis – banyak pergerakan tidak dapat dilakukan kerana anggotanya tegang
• Ataxia – tidak dapat membuat perimbangan badan
• Tremor- pergerakan yang berulang-ulang yang tidak dapat dikawal, contoh: menggigil dan mengetap gigi

EPILEPSI
• Epilepsi atau sawan merupakan sejenis serangan penyakit yang kebanyakannya disebabkan kecederaan atau jangkitan penyakit di bahagian otak.
• Ianya juga merupakan ketidakaliran otak yang mengganggu fungsi sistem saraf yang normal.
• Serangan penyakit ini menyebabkan penghidapnya mengalami sawan berulang kali atau tidak sedarkan diri secara tiba-tiba.
• Sawan adalah disebabkan oleh pelepasan elektrik dari otak yang dalam sekumpulan sel-sel otak secara mengejut, selalunya dalam jangka yang amat pendek.
• Sewaktu sawan, neuron di dalam bahagian otak (‘topi’ sel-sel saraf berlebihan menghasilkan pelepasan elektrik) boleh melepaskan sebanyak 500 kadar pelepasan elektrik individu tersebut.
• Keadaan yang tidak dapat diramal ini kemungkinan menyebabkan pesakit atau penghidap mengalami kecederaan disebabkan oleh pelepasan elektrikal yang tersebar secara meluas di seluruh badan.

Jenis Epilepsi
• Dua kategori epilepsi:
- grand mal: kekejangan yang sangat jelas dan berlaku selama beberapa minit
- Petit mal: kekejangan tidak seserius grand mal dan sering disangka oleh guru sebagai tidak memberi tumpuan kepada pengajaran.

Epilepsi Grand Mal
• Pesakit kaku, rebah, tidak sedarkan diri dan mungkin badan akan mula bergoncang, atau mengalami konvulsi, meronta-ronta dengan kekuatan otot seperti biasa. Air ludah mungkin terdapat darah di mulut sekiranya lidah atau bibirnya tergigit.
• Pada peringkat permulaan serangan sawan, sewaktu otot kekejangan , kedengaran satu teriakan akibat hembusan nafas yang dilepaskan oleh paru-paru, sebab itu juga pelepasan air kencing mungkin akan berlaku.
• Serangan biasanya berlaku dalam lingkungan lima minit, tetapi kebanyakan pesakit kemudiannya akan tertidur buat serangan jam atau lebih dan apabila terjaga seolah-olah termenung dan bingung seketika.
• Apabila pesakit diserang sawan tonik-klonik ini, dia mungkin akan terjatuh dan menjadi kejang, menyentak, pernafasannya tidak menentu dan tidak dapat mengawal pembuangan air kecil dan air besar. Pesakit juga tidak mengecam orang di sekelilingnya dan persekitarannya.

Epilepsi Petit Mal
• Sawan jenis ‘absens’ ini biasanya berlaku di antara murid-murid sekolah rendah dan pesakit akan berada dalam keadaan tidak sedar diri dalam masa yang agak singkat (dalam masa 30 saat), tidak melibatkan jatuh atau goncangan badan (konvulsi).
• Kemungkinan matanya kerap berkedipan atau anak mata akan pandang ke atas buat seketika, dan kemungkinan sebahagian daripada badan atau mukanya akan mengerenyut.
• Selalunya orang tidak perasan serangan yang agak singkat ini berlaku, atau disalah anggap seperti pesakit sedang berangan-angan atau tidak mengambil perhatian sepenuhnya.
• Malah, terdapat kes-kes yang melibatkan pesakit
diserang berkali-kali sehari dan boleh mengganggu waktu pelajaran di dalam bilik darjah.
• Separuh daripada kanak-kanak yang mengalami epilepsy jenis ini beransur pulih apabila mereka semakin dewasa.
• Walau bagaimanapun, mereka mesti menerima rawatan perubatan untuk mengawal dan mengelakkan daripada mendapat jenis sawan yang lain.

Punca-punca Epilepsi
• Kecederaan di kepala.
• Factor genetic seperti tuberos sclerosis.
• Tumor otak.
• Tekanan psikologi (menyebabkan sawan palsu- pseudoseizure iaitu serangan yang sama dengan sawan epilepsy tetapi tercetus atas sebab-sebab psikologi sahaja).
• Paradoksikal/tindakbalas yang luar biasa terhadap ubat-ubatan termasuklah dadah antiepilepsi.

Penyebab pada orang dewasa:
• Sklerosis (parutan) hipokampus-bahagian jirim kelabu di ventrikel lateral dalam otak.
• Penyalahgunaan alcohol atau dadah.
• Kesan ketagihan akibat penghentian dadah tertentu seperti antidepresan, stress, antipsikotik atau dadah antiepilepsi.
• Jangkitan kuman seperti Meningitis dan Ensefalitis.
• Pendedahan kepada bahan kimia tertentu seperti pulmbum di tempat kerja.
• Penyakit kemerosotan otak (berlaku pada warga tua).

Penyebab pada kanak-kanak:
• Demam yang kuat.
• Suntikan vaksin-sawan sebagai reaksi suntikan ini jarang berlaku.
• Sawan aruhan televisyen- sawan berlaku apabila terdedah kepada sinaran televisyen terlalu lama.
• Kecacatan sewaktu lahir.
• Kerosakan otak akibat jangkitan kuman, parasit atau bahan toksik,
• Keracunan.
• Kecederaan di kepala.
• Ubat-ubatan seperti Melatonin-sejenis hormone yang digunakan unutk mengawal atur tidur, mood, masalah baligh dan kitaran ovari.
• Tisu berparut pada otak (seperti hippocampal sclerosis), ketumbuhan luar biasa di otak atau kecacatan semulajadi pada otak (seperti bayi yang dilahirkan dengan otak luar biasa).

Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko Epilepsi
• Kecederaan di kepala seperti selepas terjatuh, kemalangan jalan raya ataupun kecederaan semasa bersukan.
• Strok/ angin ahmar.
• Penyakit kemerosotan system saraf pusat ( seperti penyakit Alzheimer, berbentuk penyakit demansia yang berlaku di kalangan mereka di pertengahan umur dan warga tua. Penyakit ini tidak boleh dirawat).
• Sawan ketidakwujudan- sawan berlaku secara tiba-tiba yang mengganggu kesedaran pemikiran atau aktiviti.
• Sawan Mioklonik yang progresif-sejenis epilepsy yang diikuti dengan mioklonus (kekejangan otot yang berlaku secara tiba-tiba terutama ketika mengangkat sesuatu atau membengkok tangan).
• Epilepsy Mioklonik juvana – sindrom sentakan mioklonik yang menyerang secara tiba-tiba terutamanya pada waktu pagi atau ketika tertekan atau keletihan.
• Komplikasi / Kesan Epilepsi
• Penyakit epilepsy ini jarang sekali menyebabkan kematian. Namun, 1 dalam 200 pesakit epilepsy ini mati setiap tahun atas sebab-sebab yang tidak dikenal pasti. Walau bagaimanapun, kebanyakan kes yang membawa maut adalah disebabkan oleh sawan tanpa henti (status Epileptikus).
• Komplikasi yang paling biasa berlaku ialah kecederaan sewaktu serangan sawan berlaku.
• Kecederaan akibat terjatuh, terhantuk dan menggigit diri sendiri.
• Kesukaran untuk belajar.
• Kesan sampingan yang buruk daripada ubat yang diambil.
• Kerosakan otak yang kekal.

Mengenalpasti Epilepsi
• Sawan berulang (dating dan pergi), ada waktu bebas di antara dua sawan, pesakit adalah normal dan sifat serangannya serupa (pesakit mendapat tanda-tanda serangan yang sama setiap kali).
• Setiap kali selepas serangan, pesakit berasa bingung, termenung dan sakit kepala.
• Apabila pergi berjumpa dengan doctor, temujanji yang dikenali sebagai catatan latar belakang adalah paling utama dan mustahak. Pesakit dikehendaki memberikan gambaran sepenuhnya kejadian serangan itu.
• Paling mustahak, sekiranya pesakit boleh membawa ahli keluarga atau saksi yang berada di tempat kejadian, sebab pesakit berada dalam keadaan tidak sedar diri sewaktu diserang sawan.

Kehidupan Kanak-kanak Epilepsi di Sekolah
• Pihak sekolah perlu mengetahui sedikit sebanyak tentang apilepsi kerana ia adalah satu penyakit yang kerap berlaku yang melibatkan 5 orang dalam setiap 1 000 orang san kebanyakan kes berlaku di peringkat kana-kanak dan remaja..
• Pengurusan yang praktikal terhadap kanak-kanak yang mengidap epilepsi seperti :-
▫ Bertemubual dengan ibubapa.
▫ Jika seorang kanak-kanak diserang sawan di sekolah,rancang lebih awal bersamanya dengan rakan-rakannya tentang langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya diserang sawan di dalam bilik darjah atau di persekitaran sekolah.
▫ Terdapat bebrapa faktor yang mungkin meransangkan sawan seperti menonton televisyen atau aktiviti ayunan yang dilakukan berulang kali.Ia mungkin terjadi apabila kanak-kanak menjadi pasif, atau berdiam diri.

Saturday, November 2, 2013

KANAK-KANAK BERMASALAH TINGKAH LAKU DAN SOSIAL

KECELARUAN EMOSI DAN TINGKAH LAKU

• Kecelarauan emosi dan tingkah laku merujuk pada keadaan emosi dan tingkah laku tidak stabil yang berterusan untuk satu jangka masa sehingga mengganggu pembelajaran.

Penunjuk/Indikator
• Berpencapaian rendah –tidak tahu puncanya
• Gagal dalam perhubungan dengan guru dan rakan sebaya
• Perlakuan tidak sesuai dengan keadaan—contoh: senyum apabila sakit
• Muram, tidak gembira dan sentiasa bersedih
• Dalam keadaan tertekan-menunjukkan kelakuan ekstrim---contoh: menggigil bila nama dipanggil (Bower, 1982).
• Menunjukkan tingkah laku devian

AUTISM SPECTRUM DISORDER
• Autisme tergolong dalam gangguan tingkah laku atau emosi. Individu yang autistik menunjukkan kekurangan tindak balas (responsiveness) kepada orang lain.
• Autisme merangkumi masalah utama dalam komunikasi, corak pertuturan, dan menunjukkan respons yang ganjil terhadap objek-objek tertentu.
• Autisme berbeza dengan sckizophrenia kerana kanak-kanak autistik dapat dikenalpasti sebelum usia mencapai 30 bulan sedangkan schezophrenia merupakan gangguan yang mula lepas satu tempoh perkembangan yang normal.

DEFINISI AUTISME
• Istilah autisme berasal dari perkataan autos (bermakna diri sendiri) dan isme (aliran) yang bermakna “berada dalam dunia sendiri”.
• Pada 1943, Leo Kanner telah mengenal pasti tanda-tanda yang menunjukkan ciri autisme, dan menggunakan istilah autistic yang bermakna: “lari dari realiti”.
• Kanner membezakan autisme dengan schizophrenia dlm tiga aspek iaitu: mengasingkan diri secara melampau sejak dari kecil, terlalu sayang pada sesuatu objek, dan keinginan yg sangat kuat untuk bersendirian.

• Definisi autisme (Persatuan Autisme Amerika Syarikat):
“Austisme adalah ketidakupayaan yang rencam yang pada kebiasaannya kelihatan pada masa kanak-kanak itu belum meningkat umur tiga tahun. Keadaan ini adalah kesan daripada kecelaruan neurologikal yang mengganggu fungsi otak. Autisme dan tingkah laku yang berkaitan dengannya dianggarkan terdapat dalam 1 daripada 500 individu. Kekerapan kanak-kanak lelaki mengalami autisme adalah empat kali ganda daripada kanak-kanak perempuan.”

Konsep autism
• Kauffman (1993), menyifatkan autisme sbg “Pervasive developmental disorder” kerana ia menjejas kesemua jenis fungsi dan dikenalpasti sebelum kanak-kanak mencapai usia 3 tahun.”.
• Definisi dan konsep autisme oleh Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM):
“Autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya pada masa 30 bulan pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan yang luas. Kerap sekali, mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran teknikal, ataupun dalam seni muzik, “rote memory” dan lain-lain.”
• Terdapat kontroversi tentang konsep autisme (sama ada kecelaruan tingkah laku atau masalah kesihatan), dan keputusan ialah meletakkan autisme sebagai satu ketidakupayaan yang tersendiri di bawah Disabilities Education Act (1990).
• Hans Asperger – orang yg. pertama menemui autisme di sekitar 40-50an

Kadar kejadian:
• 5 dlm 10,000 org. (autisme tulen)
• 15 dlm 10,000 org. (ada ciri-ciri autisme)
• lebih kerap terjadi pd kanak-kanak lelaki
• tanpa mengira bangsa dan SES
Tahap: Low functioning autism to High functioning autism
• Keperluan kanak-kanak autisme meliputi semua aspek spt perlakuan, sosial, akademik dan fizikal.

• Ciri-ciri utama autisme ialah:
▫ * Extreme isolation/aloneness- kurang hubungan verbal dan fizikal
* Keinginan yang kuat untuk mengekalkan semua benda dalam keadaan yang sama

Sub Kumpulan Autistik
1. Sindrom Asperger
▫ Mempunyai ciri seperti pemikiran yang konkrit, terlalu memikirkan mengenai sesuatu topik, ingatan yang baik dan mempunyai sikap yang ganjil serta luar biasa.
▫ Individu ini boleh dianggap sebagai mempunyai tahap kefungsian yang tinggi dan layak untuk mempunyai pekerjaan dan boleh hidup berdikari (Reed, 1999)

2. Sindrom Fragile X (menunjukkan ciri autism)
• Merupakan satu bentuk kurang upaya kognitif (mental retardation), “long arm” di mana pada kromosom X adalah terjerut.
• Lebih 15% daripada individu yang mempunyai Sindrom Fragile X menunjukkan tingkah laku dan ciri-ciri Autisme.
• Tingkahlaku ini termasuklah pertuturan atau perkembangan bahasa yang lewat, hiperaktif, “eye-contact” yang lemah dan menggoyangkan tangan.
• Kebanyakan individu ini berfungsi pada tahap masalah ringan kepada sederhana.
• Semakin mereka membesar, perkembangan fizikal mereka menampakkan keunikan yang jelas seperti muka dan telinga yang panjang serta mungkin menghadapi masalah jantung (Edelson, 1999)

3. Sindrom Landau-Kleffner (menunjukkan ciri autism)
▫ Menunjukkan banyak tingkah laku Autisme seperti mengelakkan diri daripada bersosial, mahu kepada rutin yang sama dan bermasalah dalam bahasa.
▫ Individu ini sering dianggap sebagai menghadapi ‘regresssive” Autisme kerana mereka menunjukkan ciri seperti normal sehingga berumur 3 hingga 7 tahun.
▫ Mereka biasanya mempunyai kemahiran bahasa yang baik tetapi kemudian hilang keupayaan untuk bercakap.
▫ Mereka juga mempunyai corak gelombang otak yang tidak normal jika dianalisa corak EEG semasa tidur (Edelson, 1999)

4. Sindrom Rett (menunjukkan ciri autism)
▫ Merupakan kecelaruan neurologi yang terjadi secara berperingkat yang memberi lebih kesan kepada anak-anak perempuan dan berkembang antara umur ½ atau 1 ½ tahun.
▫ Sebahagian daripada ciri tingkah laku termasuklah kehilangan pertuturan, mengulang memulas tangan, menggoyangkan badan dan mengelak daripada bersosial.
▫ Individu ini biasanya mempunyai tahap ketidakupayaan mental yang teruk dan sangat teruk (Reed, 1994).

5. Sindrom Williams (menunjukkan ciri autism)
▫ Mempunyai ciri-ciri Autisme termasuklah perkembangan yang lambat dalam bidang bahasa, sensitive kepada bunyi, tiada tumpuan dan mempunyai masalah sosial.
▫ Bagi menunjukkan perbezaan tentang sub kumpulan Autisme, mereka yang mempunyai sindrom ini lebih bersosial dan menghadapi masalah jantung (Edelson,1999)

MASALAH KANAK-KANAK AUTISTIK
1. Kekurangan dari segi sensori
2. Pengasingan afektif yang teruk
3. Stimulasi kendiri
4. Kemarahan yang tiba-tiba / Tantrums & perlakuan ‘self-mutilatory’
5. Pertuturan ‘echolalic’
6. Masalah tingkah laku
7. Masalah Komunikasi

PUNCA AUTISME
• Punca sebenar autisme adalah kompleks dan dalam banyak kes, punca yang menyebabkan autisme tidak diketahui.
• Kajian-kajian kini lebih tertumpu pada masalah genetik, masalah semasa dan selepas kelahiran, kefungsian otak, dan faktor-faktor neurochemical dan imunilogikal.

1. Gangguan Biologi terhadap operasi mental
▫ - Dipengaruhi oleh genetik, neurobiological/faktor biokimia atau gabungan kedua-dua faktor

2. Ketidakfungsian otak
▫ - Terdapat bukti yang kukuh babawa ketidakfungsian serebelum, sistem limbik, temporal lobe, dan cortex merupakan punca autisme. Walaupun faktor neurologi diterima sebagai punca autisme, tetapi punca kecacatan neurologi tidak dapat dikenal pasti.

3. Faktor genetik
▫ - Genetik (adik-beradik kpd individu autistik lebih berisiko mengalami autisme berbanding dengan orang lain (terutama kembar seiras), juga berkaitan dgn kecelaruan genetik spt Fragile X syndrome dan phenylketonuria (PKU)

4. Faktor Persekitaran:
a. Faktor keluarga - hubungan kanak-kanak dengan ibu bapa/penjaga (pengasingan/deraan seksual); susunan kedudukan adik-beradik iaitu anak sulung dlm keluarga yang mempunyai dua orang anak, anak ke-4 atau yang berikutnya bagi keluarga yang ada emapat orang anak atau lebih (Gargiulo, 2003)
b. Komplikasi semasa dan selepas kelahiran – jangkitan rubella semasa dalam
kandungan ibu, encephalitis, kekurangan oksigen semasa lahir.
c. keracunan makanan, dan penyakit begok (mumps)
d. Masalah pencernaan (susu) yang kurang baik (protein daripada makanan tidak bertukar menjadi asid amino ataupun pepton utk dikeluarkan, jadi ia diserap kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah dan dibawa ke otak menyebabkan kerosakan sel-sel otak dan menyebabkan sel otak terganggu).

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK AUTISTIK
• Kognitif:
- mempunyai daya kognitif yang lemah atau tinggi, atau bakat yang mengkagumkan (con: melukis)
- mempunyai tumpuan yang singkat, tetapi memberi tumpuan yang berlebihan kpd perkara yang disukai (disebut sbg stimulus overselectivity). Mereka mungkin tertarik dan menumpu perhatian terhadap sesuatu aspek (contoh: warna merah pd alat mainan)
- Boleh menerima imput daripada deira tetapi tidak berupaya memilih maklumat yang penting.
- Tidak boleh mengekalkan maklumat dlm jangka masa yang lama dan tidak berupaya membuat penyesuaian terhadap maklumat untuk proses pembelajaran

• Bahasa:
- Bahasa adalah terhad dan tidak fleksibel.
- Ketika bertutur, bergantung pd ingatan secara hafalan daripada menggunakan peraturan asas bahasa secara kreatif.
- Tajuk perbualan adalah terhad dan mempunyai masalah dalam bahasa badan (gesture) yang bersesuaian.
- Pertuturan: guna irama yang stereotaip atau berlagu dengan bunyi yang dipanjangkan secara berlebihan, guna nada yang monotonus, dan tidak menunjukkan intonasi yang berbeza dalam percakapan.
- Mempunyai bahasa mereka yang tersendiri iaitu perkataan dan frasa yang dikeluarkan adalah unik; bentuk bahasa menunjukkan semantik yang ganjil dan kekurangan dalam kefahaman
- Menggunakan ganti nama yang mengelirukan, con: ‘you’ utk diri dan ‘I’ utk orang lain.

• Emosi :
- Sukar membuat hubungan emosi dengan orang lain kerana tidak sedar bahawa perasaan tertertentu ditunjukkan dalam cara yang tidak disalah faham (con: ketawa geli hati tetapi wujud dlm keadaan sosial yang tidak sesuai)
- Tidak menyembunyikan perasaan suka atau tidak suka kepada orang lain (con: menunjukkan kemesraan yang melampau)
- Menunjukkan ekspresi muka yang berbeza-beza, kedudukan (posture) badan yang kaku, dan suara yang mendatar atau monotonous.

CARA MEMBANTU KANAK-KANAK AUTISME
1. Pengesanan awal
2. Rancangan pra-sekolah – pengurusan tingkah laku & pengembangan kemahiran
3. Pengajaran kemahiran vokasional & kemahiran yg. seimbang
4. Perlanjutan program utk menggalakkan kemampuan diri & sediakan rekreasi yg. bersesuaian.
5. Perlu ada guru khas dgn nisbah guru-murid yg. tinggi dan juga khidmat ahli psikologi
6. Kaedah pengajaran: terapi modifikasi tingkah laku utk mengajar tingkah laku yg. tertib dan kebolehan hidup asas
7. Aktiviti kebajikan & program masyarakat
8. Rawatan: makanan tambahan utk mengurangkan tingkah laku hyperactivities dan ubat spt afalex

PERKHIDMATAN INTERVENSI
• Proses intervensi bermula sebaik sahaja masalah ini dikesan. Menurut Ericson (87), tiada satu cara yang betul-betul berkesan untuk memulihkan autisme):
• Peringkat permulaan:
- Rawatan perubatan:
* ritalin (utk rawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif)
* Vitamin B6 bersama magnesium (tingkatkan tumpuan)
* tranquilizers & antipsychotic drugs
* makanan tambahan: Efalex & Bio Life (untuk mengurangkan gejala hiperaktif)

AUTISME: PENGESANAN DAN RAWATAN
• Pengesanan: pemerhatian terhadap tingkah laku kanak-kanak
• Rawatan: Ericson (87): tiada satu cara yang betul-betul berkesan untuk memulihkan autisme
* beri tranquilizers & antipsychotic drugs untuk pengurusan pesakit
* makanan tambahan: Efalex & Bio Life (untuk mengurangkan gejala hiperaktif)
* terapi tingkah laku:
 Applied Behaviour Analysis (ABA) Oleh Dr. Lovaas
 Parent Response for Autism (PR4A), Pakar: Dr. Sazmani (HUKM)
• Pengurusan tingkah laku (strategi dan teknik untuk menambah atau mengekalkan tingkah laku sasaran dan mengurang atau menghapuskan tingkah laku kurang sesuak) :
* terapi tingkah laku:
 Applied Behaviour Analysis (ABA) Oleh Dr. Lovaas
 Parent Response for Autism (PR4A), Pakar: Dr. Sazmani (HUKM)
 Time-out
 Pengasingan
 Shaping (guna ganjaran, dendaan…)
• Program intervensi lain (di USA):
- Perkhidmatan dan bantuan teknologi
- Perkhidmatan jururawat sekolah
- Latihan dan kaunseling ibu bapa
- Perkhidmatan pemakanan/nutrisi
- Program kebudayaan dan kesenian (seni, muzik, dan tarian)
- Terapi cara kerja
- Terapi bahasa dan pertuturan

KURIKULUM AUTISME
1. Kemahiran beri tumpuan/ Attending Skills
• Duduk di kerusi sendiri
• Pandang (eye contact) ketika nama dipanggil
• Pandang bila disuruh: “Padang Saya”
• Respons kpd arahan: “Turunkan Tangan”

2. Kemahiran Peniruan
• Tiru pergerakan motor kasar
• Tiru tingkah laku dengan objek
• Tiru pergerakan motor halus

3. Kemahiran bahasa ‘Receptive’
• Kenal pasti bahagian badan
• Kenal pasti objek
• Kenal pasti gambar/orang

4. Kemahiran bahasa ‘Expressive’
• Tunjuk ke arah item bila ditanya “Anda nak apa?”
• Tiru bunyi/perkataan
• Label objek/manusia
• Buat pilihan
• Jawab soalan sosial

5. Kemahiran Praakademik
• Matematik- kenalpasti bentuk/angka
• Kira objek

6. Kemahiran bantu diri
• Minum dari cawan
• Guna garpu dan sudu utk makan
• Buka kasut/sarung kaki/pakaian
• Tiolet- training

ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder)
• Hiperaktif adalah istilah yang digunakan kpd kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif (overactive) dan mengganggu (disruptive)

• Persatuan Psikologi Amerika (APA) mendefinisikan ADHD sebagai kecelaruan psikoligi dengan petanda-petanda yang dapat dikesan sebelum umur tujuh tahun.

• Merupakan satu corak tidak memberi tumpuan, impulsif, dan/atau hiperaktiviti-impulsif yang lebih kerap dan teruk berbanding kebiasaan yang dilihat pada individu pada tahap-tahap perkembangannya.

• Masalah utama: kurang tumpuan atau tumpuan yang singkat

• Ada dua masalah: terlampau aktif dan kurang tumpuan

• Istilah:
- Attention Deficit Disorder (ADD)
- Attention Deficit-Hyperactivity Disorder (ADHD)

• Kini, hanya ADHD digunakan (tegaskan dalam Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders-IV atau DSM-IV)

Definisi ADHD diberi oleh Persatuan Psikologi Amerika/APA (Marilyn Friend, 2005):
• ADHD- kurang tumpuan
▫ Petunjuk utama: kurang tumpuan; kanak-kanak ADHD mungkin meninggalkan bahagian mustahak tugasan yang diberikan, kerap mengelamun dalam kelas, tidak teratur, dam kerap kali pelupa.
• ADHD- hiperaktif-impulsif
▫ Petunjuk utama: kurang tumpuan + hiperaktif iaitu jumlah pergerakan yang sangat tinggi, dan impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir (con: ketuk meja, berlari-lari, banyak bercakap).
• ADHD- gabungan
▫ Kanak-kanak mempunyai petunjuk kedua-dua ciri di atas, iaitu tidak ada tumpuan dan hiperaktif-impulsif.

Ciri Perkembangan Kanak-Kanak ADHD
1. Kognitif
- Masalah ingatan jangka pendek (con: tidak dpt ingat arahan yg. diberi kepadanya)
- Ada keupayaan kognitif yang normal

2. Akademik
- Berpencapaian rendah atau tinggi, boleh mengikuti pelajaran sekiranya menerima
intervensi, ada yang tergolong dlm kategori pintar cerdas dan berbakat.

3. Sosial dan Emosi
- Tidak berupaya mengawal emosi, menjadi temper-tantrum
- Lebih cenderung mengalami kemurungan.
- Kerap menghadapi cabaran dalam menyesuaikan diri dengan tuntutan sosial di sekolah dan juga di tempat lain
- Kanak-kanak ADHD hiperaktif-impulsif bersifat agresif

CIRI TINGKAH LAKU KANAK-KANAK DENGAN ADHD
• Tidak memberi perhatian (Inattention)
▫ Sukar mendengar dan mengikut arahan, mudah distracted
▫ Gagal memberi tumpuan yang teliti atau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti yang lain
▫ Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja tugasan yang diberi
▫ Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti –aktiviti
▫ Tumpuan mudah bertukar daripada satu aktiviti ke satu aktivti yang lain
▫ Kerap mengelak , tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama
▫ Selalu kehilangan barang seperti alat tulis mainan dll
▫ Mudah pelupa walaupun tidak sepatutnya jika mengikut usia dan keupayaan

 Hyperactivity
▫ Tidak boleh duduk diam dan seolah-olah mempunyai tenaga berlebihan
▫ Kerap menggerakkan tangan atau kaki atau menggeliang- geliut di tempat duduk
▫ Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas
▫ Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakkan masa kelihatan kekok
▫ Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah dengan senyap
▫ Selalu bercakap banyak
▫ Sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah “digerakkan oleh motor”

 Impulsivity
▫ Tidak dapat mengawal diri daripada membuat sesuatu tingkah laku secara spontan dan rawak walaupun tidak sesuai dengan keadaan.
▫ Selalu memberikan jawapan sebelum soalan lengkap diajukan.
▫ Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran.
▫ Sering menggangu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain.
▫ Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan.
▫ Bersifat agresif dan kerap memulakan pergaduhan dan pertengkaran.
• Murid ADHD tidak semestinya menunjukkan ketiga-tiga ciri tersebut. Namun satu ciri yang ketara ialah mereka tidak mempunyai kebolehan untuk mengawal dan menahan diri daripada melakukan pemikiran dan/atau tingkah laku yang tidak sepatutnya.

PUNCA ADHD
1. Faktor Fisiologikal
• Faktor keturunan
▫ Kanak-kanak yang ibu atau bapanya mengalami ADHD berkemungkinan tiga kali ganda mempunyai ADHD.
• Perbezaan fungsi otak
▫ 3 bahagian otak iaitu prefrontal cortex, basal ganglia, dan serebelum kerap berfungsi secara berbeza-beza pada individu dengan ADHD berbanding individu lain. Terdapat kurang aktiviti elektrikal dan kurang tindak balas terhadap rangsangan bagi bahagian-bahagian tersebut.
• Faktor Biokimia
▫ Bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai nuerotransmitter yang memancarkan maklumat daripada salah satu daripada tiga bahagian di atas kepada bahagian yang lain, tidak dipecahkan dan di serap semula dengan sempurna dalam otak individu dengan ADHD.
2. Faktor Persekitaran
• Persekitaran
▫ Faktor persekitaran dilihat sebagai penyumbang kepada tahap keterukan ADHD yang dialami oleh kanak-kanak.
• Kecederaan otak
▫ Terjadi semasa tempoh prenatal akibat daripada penggunaan dadah, merokok, atau pengambilan alkohol oleh ibu. Semasa proses kelahiran, kecederaan otak berlaku akibat kekurangan oksigen. Selain itu, kecederaan otak boleh juga disebabkan demam panas yang teruk, atau kemalangan yang melibatkan kecederaan kepala.

ADHD: PENGESANAN DAN RAWATAN
• Rujukan Awal (rujuk doktor atau ahli psikologi utk mengesan tanda-tanda ADHD)
• Penilaian
- Penilaian perubatan, ujian saringan oleh doktor termasuk mendapatkan maklumat tentang sejarah perkembangan
- Ujian Pencapaian berterusan (Continuous performance tests). Ujian pencapaian yang direka untuk melihat daya tumpuan murid (con: Integrated Visual and Auditory Contonuous Test atau IVA, dan Test of Variables of Attention Continuous Performance Test atau TOVA) .
- Penilaian ibu bapa: Ibu bapa memberi maklumat kepada doktor atau guru, menjawan soal selidik dan ditemu bual, menjawab senarai semak spt Conner’s Parent Rating Scale-Revised and Child Behaviour Checklist for Ages 4-8, Parent Form…
- Penilaian guru dan sekolah: melihat fungsi kanak-kanak dalam persekitaran sekolah, juga menggunakan senarai semak spt Conner’s Teacher Rating Scale-Revised
- Mengenal pasti ADHD atau pintar cerdas : terdapat kanak-kanak pintar cerdas yang didiagnos sebagai mengalami ADHD kerana menunjukkan ciri yang serupa dengan ADHD tetapi dengan cara yang berbeza (con: impulsif, resah, dan sukar mengikuti peraturan). Oleh itu perlu kenal pasti ADHD atau pintar cerdas
 Intervensi tingkah laku
- Guna pengukuhan seperti ganjaran dan token bagi mengukuhkan tingkah laku yang diingini.
 Intervensi pengajaran
- Beri arahan yang jelas, ringkas, dan lengkap.
- Apabila beri arahan, minta murid mengulangi arahan tersebut.
- Pecahkan tugasan yang kompleks/besar kpd bahagian-bahagian yang lebih kecil.
- Libatkan pelajar dlm aktiviti pembelajaran
 Rawatan Perubatan:
- Terapi yang lebih memberi kesan unyuk mengurangkan tanda ADHD ialah merangsang sistem saraf pusat (CNS) dengan perubatan dan proses pengubahsuaian tingkah laku.
1. Methylphenidate (Ritalin, Cancerta, Metadate)
2. Dextroamphetamine (Dexedrine)
3. Mixed Amphetamine (Adderall)

KAEDAH PENGAJARAN KANAK-KANAK ADHD
1. Susun Atur Kedudukan Di Dalam Kelas
▫ Berhampiran dengan guru – elak bahagian belakang
▫ Cuba elak tempat yang mempunyai gangguan seperti pintu dan tingkap
▫ Mata bertentang mata
▫ Berdiri dekat/bersebelah pelajar ADHD apabila memberi arahan

2. Interaksi Sosial
▫ Kenal pasti tingkah laku dan beri pengukuhan- positif atau negatif.
▫ Duduk bersama-sama dengan mereka
▫ Jelaskan maklamat yang perlu dicapai
▫ Sentiasa membuat pujian bertulis kerana ia akan membantu meningkatkan keyakinan diri
▫ Guru sebagai rakan sebaya dan memberi banyak sokongan
▫ Melantik mereka menjadi ketua- memperkukuhkan hubungan interpersonal

3. Pengubahsuaian Kurikulum Dan Proses Pengajaran
▫ Kurangkan syarahandan mengambil nota tetapi lebih kepada aktiviti dan penglibatan kanak-kanak ADHD.
▫ Beri motivasi dan arahan yang tepat kepada mereka.
▫ Tahap yang rendah supaya mereka mencapai tahap.
▫ Aktiviti yang pelbagai dan kreatif

4. Rancangan Pengajaran Dan Bembelajaran Yang Sistematik
• SEBELUM – melakukan aktiviti untuk mengesan tingkah laku yang ingin diubah
• SELEPAS – melakuan tindakan susulan untuk terus memastikan tingkah laku yang tidak sesuai berkurangan
• Memberitahu peraturan dan arahan sebelum P+P serta mengesan tingkah laku yang ingin diubah.
• Membuat sistem ganjaran, menulis rekod dan peneguhan positif selepas P+ P.
• Lihat ‘Intervensi Pengajaran’ sebelum slide ini.

KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS

MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS

Definisi Learning Disabilities mengikut The Federal Register (1977) merangkumi undang-undang yang mendidentifikasi dan mendefinisi pelajar-pelajar dengan LD bawah PL94-142:

"Special Learning disabilities means a disorder in one or more of basic psychological prosesses involved in using language, spoken or written, which may manifest itself in an imperfect ability to listen, think, speak, read, write, spell, or to do mathematical calculations. The term includes such conditions as perceptual handicaps, brain injury, minimal brain dysfunction, dyslexia, and developmental aphasia. The term does not include children who have learning problems which are primarily the results of visual, hearing, or motor handicaps, of mental retardation, of emotional disturbance, or of environmental, cultural, or economic disadvantage."

National Joint Committee for LD 1991:

“LD is a generic term that refers to a heterogeneous group of disorders that are manifested by significant difficulties in the acquisition and use of listening, speaking, reading, writing, reasoning, or mathematical abilities. These disorders are intrinsic to the individual and are presumed to be due to central nervous system dysfunction. Even though a LD may occur concomitantly with mental retardation, social and emotional disturbances, insufficient/inappropriate instruction, psychogenic factors, it is not the real result of those conditions or influences.

• LD merupakan kecelaruan yg. mempengaruhi keupayaan akademik seseorang atau cara menafsir apa yg. dilihat, didengar atau menggabungkan maklumat dpd pelbagai bahagian otak.
• Masalah dpt dilihat dlm banyak aspek spt masalah lisan & tulisan, kordinasi, kawalan diri atau tumpuan perhatian.
• Masalah ini melanjut kpd masalah mengikuti kerja sekolah atau menghalang pembelajaran utk membaca, menulis atau mengira.
• LD boleh berlarutan sepanjang hayat yg. boleh menjejas aspek-aspek kehidupan seseorang, sekolah/kerja, rutin harian, & juga persahabatan.
• Ada orang yg. hadapi masalah pembelajaran yg. bertindan-tindih.
• LD boleh wujud dlm pelbagai bentuk & sukar dikesan/diagnos atau dikenal pasti puncanya.

Ciri-ciri Kanak-kanak Kesukaran Pembelajaran Khusus
• Kanak-kanak boleh dikatakan mengalami LD tanpa kira usia tetapi dapat dikenal pasti pada peringkat awal persekolahan.

2 petanda yg utama:
a) pelajar nampak berkeupayaan tetapi mengalami masalah yg serius dlm bidang pembelajaran tertentu. Ini merupakan perbezaan antara pencapaian yg dijangkakan dengan pencapaian yg sebenar.
b) prestasi atau pencapaian berubah-ubah khususnya dlm bidang yg berbeza atau pada masa yang berbeza.

• Walaupun mereka mengalami masalah pembelajaran, mereka mempunyai keupayaan umum dan berkeupayaan utk belajar, walaupun prestasi mereka rendah.

• Petunjuk-petunjuk lain:
▫ Bercakap dgn lancar tetapi lemah membaca
▫ Keliru dgn huruf & pkt spt: b & d, was & saw
▫ Selalu meneka ketika membaca
▫ Mempunyai masalah yg. serius dlm Matematik
▫ Clumsy : con: masalah dgn menangkap bola
▫ Mempunyai masalah memahami & mematuhi peraturan.
▫ Sukar mengungkapkan idea & fikiran
▫ Sukar memahami masa & jarak
▫ Keliru dgn arah spt: kiri/kanan, depan/belakang.
▫ Kurang tumpuan mudah diganggu
▫ Overactive atau inactive
▫ Impulsive: tak sabar, tak boleh meramal akibat

PUNCA KESUKARAN PEMBELAJARAN KHUSUS/LD
1. Kesilapan dalam proses perkembangan otak fetus yang melibatkan gangguan dalam pembentukan rangkaian neuron seperti kesilapan dari segi pembentukan sel, lokasi sel dan hubungan sel.

2. Trauma/kerosakan CNS yg. berpunca dpd pendedahan kpd teratogen ketika
 perkembangan pranatal
 Perinatal (proses kelahiran)
 Pasca natal

3. Pengaruh genetik
▫ Hallgren (1950) mengkaji 276 individu LD dengan dyslexia & keluarga mereka, didapati LD adalah diwarisi.
▫ Ketidaknormalan kromosom spt sindrom XXY (masalah membaca & bahasa, kordinasi motor & penarikan diri), XYY (impulsive, hyperactive), XXX/XO (Turner Syndrome – spatial deficit, masalah Matematik, attention deficit, hyperactive, masalah tulisan tangan)

4. Persekitaran
▫ Plumbum, radiasi, makanan (salicylate (allergy)

5. Ketidaknormalan Biokimia
▫ Ketidakseimbangan penghasilan neurotransmitters menyebabkan masalah dalam neural impulse transmition (masalah kurang tumpuan kerana impulse neural yg terlalu cepat sehingga tidak memberi masa yg. mencukupi utk otak memproses maklumat).

Konsep Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran Khusus KPM
Pada mulanya kanak-kanak bermasalah pembelajaran khusus di Malaysia telah dirangkumkan sebagai kanak-kanak masalah pembelajaran dan ditempatkan dalam program Pendidikan Khas integrasi. Walau bagaimanapun pada 2004, program rintis disleksia telah dilaksanakan di 2 buah sekolah di setiap negeri kecuali Wilayah persekutuan Kuala Lumpur (3 buah) dan sebuah di Wilayah Persekutuan Labuan, menjadikan jumlah sekolah sekolah yang terlibat sebanyak 31 bbuah. Program ini dilaksanakan dengan menggunakan Model Pendidikan Khas Integrasi melalui kelas khas menggunakan pendekatan separa inklusif atau pengasingan. Syarat kemasukan murid ke program ini adalah seperti berikut:

 murid telah mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran pada tahun 1 sekurang-kurangnya 6 bulan,
 murid telah mengikuti program pemulihan sama ada pemulihan dalam bilik darjah atau pemulihan khas,
 Keputusan saringan menggunakan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) menunjukkan murid mengalami kebarangkalian disleksia, dan disahkan murid mengalami kebarangkalian disleksia oleh pengamal perubatan.
(Sumber: Maklumat Pendidikan Khas 2007)

DYSLEXIA
Disleksia ialah “suatu kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun mereka melalui pengalaman bilik darjah konvensional, gagal untuk menguasai kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan intelektual mereka”.

World Federation of Neurology
• Disleksia: perkataan Yunani, ‘dys’ = kesukaran ‘lexia’ = perkataan “… kesukaran dengan perkataan bertulis”

• Masalah membaca yang agak serius yang berkait rapat dengan gangguan urat saraf.
• Masalah membaca merupakan salah satu masalah utama bagi kanak-kanak LD.
• Lebih kurang 80% dpd pelajar LD menghadapi masalah membaca (Lerner, 2000).
• Masalah yang paling nyata: - kesukaran memahami apa yang dibaca, mengenal pasti perkataan, & membaca secara lisan
• Hammond & Hughes (1996): murid-murid yang mempunyai disleksia mengalami kesukaran menguasai kemahiran membaca.
• Sanders & Myers (1996): Kanak-kanak yang mengalami disleksia mempunyai kesukaran-kesukaran khusus dalam bacaan, menulis, dan mengeja
Masalah : gagal mengecam dan memaham perkataan
• British Psychological Society (1999), & Soafford & Grosser (1996): disleksia adalah kesukaran atau ketidakupayaan menguasai kemahiran membaca yang dialami oleh seseorang individu walaupun ia telah menerima pendidikan yang mencukupi. Disleksia merujuk khusus kepada kesukaran literasi.

Definisi Disleksia (KPM)
Kementerian Pelajaran Malaysia mendefinisikan murid yang mengalami masalah pembelajaran disleksia ialah murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi mempunyai kesukaran atau kelemahan yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca, dan menulis. Satu instrument yang dinamakan Instrument Senarai Semak Disleksia (ISD) telah dihasilkan untuk menyaring murid yang berkebarangkalian mengalami masalah pembelajaran sepesifik disleksia.

Ciri-ciri:
• sukar belajar bahasa
• sukar kaitkan huruf / pkt dengan bunyinya
• lebih minat merujuk gambar dan bukan pkt yg dibaca
• cuba teka maksud pkt dengan melihat gambar
• tidak lancar ketika membaca sesuatu bahan cetak
• sukar bezakan antara pelbagai bunyi yang didengar
• kecelaruan dengan arah: kiri dan kanan
• mudah lupa pkt baru yang dipelajari
• kerap melangkau baris ketika membaca
• mudah lupa pkt baru yang dipelajari
• mata jadi penat setelah beberapa minit tumpu kpd tulisan
• tidak dapat menulis dgn lancar, huruf pkt dan angka (tulis angka terbalik, contoh: b – d)
• daya tumpuan yg terhad (masalah pendengaran dan pengamatan, tetapi tidak buta /
pekak)
• prestasi akademik ketidakseimbangan dengan boleh intelek
• jenis disleksia:
A: disleksia perolehan: disleksia fonemik, disleksi fonologi, disleksia huruf
B: disleksia perkembangan
C: disleksia visual, auditori dan visual-auditori

Masalah Psikologi Murid Disleksia
• Masalah Sosial dan Emosi
- Masalah emosi mula wujud apabila arahan-arahan dan bimbingan awal membaca oleh
guru tidak selaras dengan gaya pembacaan mereka.
- Rasa kecewa dan tertekan apabila kanak-kanak ini menyedari yang dia gagal memenuhi
jangkaan orang dewasa dalam hidupnya.
- Mudah putus asa dan ada yang dilabel ‘bermasalah disiplin’
- Turut mengalami masalah sosial kerana tidak mempunyai kemahiran sosial akibat tidak
dapat menunjukkan tingkah laku yang sesuai dengan situasi social

• Tingkah laku yang mungkin ditunjukkan oleh kanak-kanak disleksia:
- Mengelakkan sekolah dan kerja rumah
- Menipu bagi menyiapkan kerja sekolah yang diluar kemampuannya.
- Agresif kerana ingin melepaskan kemarahannya kerana kecewa akibat tidak berjaya
menguasai pembelajaran di sekolah.

• Bakat dan kebolehan:
- Kreativiti
- Pemikiran lateral (menyelesaikan masalah dengn menggunakan pendekatan secara tidak
langsung dan kreatif, dan pentaakulan)
- Imaginatif
- Hubungan ruang (spatial relationships)
- Membuat visualisasi

DYSGRAPHIA
• Kesukaran untuk menghasilkan tulisan
• Kemahiran menulis memerlukan seseorang menterjemahkan pemahaman bahasa ke dalam sistem simbol (Smith, 1998)

Masalah menulis:
• sukar pegang pen/pensel ketika menulis
• tulis huruf yang berlainan saiz (kecil dan besar)
• ada ruang antara huruf dlm pkt (ba ca)
• lemah dalam ejaan (tinggalkan atau tambahkan huruf)
• sukar kaitkan gambar dengan perkataan, tidak menggunakan tatabahasa yang betul
• kurang menggunakan struktur ayat yang kompleks
• kemahiran menulis yang lebih rendah dpd kanak-kanak normal
• kemahiran menulis boleh ditingkatkan dengan intervensi awal dan kaedah mengajar yang teratur dan sistematik

DYSCALCULIA
• Kesukaran mempelajari pengiraan dan konsep matematik.
• Walaupun begitu mereka tidak semestinya tidak tahu membaca.
• Didapati 1 daripada 4 pelajar LD mengalami kesukaran matematik (Rivera, 1997)

Masalah dyscalculia:
• tidak menguasai sepenuhnya peraturan +, -, x, & ÷
• kesukaran menyelesaikan masalah matematik bentuk ayat atau bahasa
• melakukan kesilapan yang sistematik kerana menggunakan strategi menjawab soalan yang salah secara konsisten (boleh dikesan melalui ujian diagnostik)
• sukar ingat kembali fakta
• mudah melakukan kesilapan jika tidak diberi contoh atau pengajaran yang sepenuhnya oleh guru

PENDEKATAN PENGAJARAN
Strategi pengajaran:
• Teknik modifikasi tingkah laku
• Pengajaran secara langsung
• Kaedah Analisis Tugasan
Pengajaran kemahiran Membaca
• Pendekatan Fonik
• Pendekatan Linguistik – kaedah seluruh kata
• Whole Language Approach
• Language Experience Approach
• Individualized Reading approach
• Rebus Approach
• Essential Sight Wors Program
• Kaedah Kloz (Cloze)

http://www.youtube.com/watch?v=gwZLFTW4OGY&feature=player_embedded
http://youtu.be/XKekE10b82s

KANAK-KANAK BERMASALAH PENGLIHATAN

MASALAH PENGLIHATAN


Masalah penglihatan merujuk kepada keadaan masalah yang melibatkan fungsi sebagai deria penglihatan. Secara umumnya, masalah penglihatan boleh dikategorikan kepada dua kategori yang utama, iaitu ‘buta’ dan ‘rabun’ atau ‘berpenglihatan terhad’ (Asiah, 2012). Mereka yang dikategorikan sebagai buta biasanya tidak mempunyai penglihatan langsung, dan jika mempunyai penglihatan sekalipun, keadaannya amat terhad untuk digunakan sebagai saluran untuk mendapatkan maklumat apatah lagi untuk tujuan pembelajaran. Justeru, mereka memerlukan “Braille” sebagai media bacaan ataupun khidmat ‘pembaca’ untuk mendapatkan maklumat daripada bahan bercetak. Istilah ‘buta’ boleh didefinisikan secara undang-undang atau pendidikan.


Definisi undang-undang (legally blind):



Secara undang-undang, buta didefinisikan sebagai kehilangan penglihatan sepenuhnya ataupun mempunyai ketajaman penglihatan 6/60 (20/200) atau kurang daripada itu pada mata yang lebih baik setelah diadakan pembetulan optik (pakai kanta pembetulan). Selain itu seseorang dikatakan buta jika dia mempunyai medan/lapangan/sempadan penglihatan (visual field) yang terbatas kepada 20 darjah ataupun kurang yang hanya ditentukan oleh doktor atau pakar mata.


Definisi pendidikan:



• Individu yang dikatakan buta ialah mereka yang mengalami kecacatan yang begitu teruk sehingga mereka mesti belajar membaca ‘Braille’ atau menggunakan kaedah ‘aural’ (deria pendengaran).


 Tanda-tanda masalah penglihatan:


1. Ciri fizikal mata: mata merah, mata tertutup, tiada anak mata, biji mata terkeluar, inflamasi pelupuk mata, mata berair, juling, anak mata putih, dan mata kelihatan normal tetapi tidak bertindak balas terhadap benda-benda dalam persekitaran atau tidak melihat melihat tepat ke arah orang yang bercakap dengannya.

2. Perlakuan:
• selalu menggosok mata
• mencondongkan mata
• mengelipkan mata
• pegang bahan bacaan terlalu dekat dgn mata
• selalu menangis, gelisah atau marah ketika buat kerja yang memerlukan tumpuan penglihatan
• tidak tunjuk minat kpd pelajaran yang menggunakan tulisan
• menonjolkan kepala ke hadapan bila nak melihat sesuatu yang jauh
• selalu melanggar objek ketika berjalan
• keliru dengan huruf yang dibaca
• kerap tukar jarak antara bahan bacaan dgn mata

3. Aduan individu seperti: merasa pening atau loya, panas, sakit di kepala, penglihatan kabur, penglihatan berganda


 Jenis Masalah penglihatan atau ‘kebutaan’


• Miopia – rabun jauh               L – 1 : 12
• Hiperopia – rabun dekat        P – 1 : 200
• Astigmatisme – kekaburan penglihatan
• Albinisme – mata sensitif
• Strabismus – mata juling
• Nistagmus – pergerakan mata yang tidak dapat dikawal
• Diplopia – satu objek lihat sebagai dua (double vision)
• Buta warna - merah vs jingga; hijau vs biru
(sel kon tak - lebih serius: semua nampak hitam, putih, & kelabu

menerima/hantar isyarat)


CIRI-CIRI KANAK-KANAK CACAT PENGLIHATAN


1. Perkembangan bahasa
• Pada keseluruhannya tiada perbezaan dengan kanak-kanak normal kecuali pd peringkat awal, penggunaan bahasa dihadkan kpd pengalaman visual dan lebih bersifat egosentrik.
• Kecacatan tidak jejas mereka memahami dan menggunakan bahasa
• Guna auditory sebagai deria pembelajaran bahasa (kemahiran mendengar bahasa kekadang lebih daripada kanak-kanak normal)
• Mungkin lebih bermotivasi utk menggunakan bahasa kerana pertuturan merupakan cara yang paling utama utk berkomunikasi.

2. Keupayaan intelek (IQ)
• IQ seperti kanak-kanak normal sekiranya tiada mengalami kecacatan kognitif.
• IQ boleh diuji dgn menggunakan ujian IQ non-verbal:
(a) Blind Learning Aptitude Test
(b) Intelligence Test for Visually Impaired Children

3. Keupayaan konseptual
• Berbeza dgn kanak-kanak normal dari segi cara membuat persepsi yang berpunca dpd perbezaan dalam pengalaman belajar (orang cacat penglihatan bergantung kpd pengalaman tactual dan pengalaman audio utk mempelajari sesuatu).
• Orang cacat penglihatan belajar melalui jari dan lebih berhati-hati dalam menerima maklumat daripada persekitaran.
• Oleh itu cacat penglihatan perlu lebih berusaha dan keupayaan belajar bergantung kpd strategi yang pelbagai.
• Mengalami masalah pembelajaran sebab tidak dapat melihat rangsangan yang digunakan utk pembelajaran konsep.

4. Keadaan Fizikal dan Pergerakan/mobiliti
• Fizikal berkeadaan normal daripada aspek kesihatan, ramai yang tidak mempunyai postur yang betul, kelihatan kaku dan terlalu lurus apabila berdiri atau berjalan.
• Mungkin mengalami kegemukan kerana kurang melakukan aktiviti fizikal.
• Bergerak dengan perlahan kerana takut terlanggar objek.
• Pergerakan (bergerak dlm persekitaran) merupakan satu keupayaan yang penting bagi kejayaan dlm kemahiran penyesuaian.
• Kemahiran ini bergantung kpd keupayaan spatial.
• 2 cara yg digariskan utk memperoleh maklumat spatial bagi kanak-kanak buta:
▫ peta/jalan/laluan yang berurutan yg. menggambarkan hubungan berbagai-bagai tumpuan dlm persekitaran
▫ peta kognitif (cognitive mapping)

5. Deria halangan (Obstacle sense)
• salah satu kemahiran pergerakan ialah keupayaan mengesan halangan fizikal dalam persekitaran.
• Dongengan tentang ketajaman deria:
▫ orang buta ada deria tambahan (sebenarnya mereka menggunakan deria-deria lain secara optimum).
▫ orang buta ada bakat muzik secara automatik
▫ Orang buta boleh mengesan perubahan-perubahan yang halus dlm persekitaran melalui nada atau gema yang berfrekuensi tinggi ketika mereka mendekati sesuatu objek (doppler effect).
▫ Deria halangan ini penting tetapi tidak menjadikan orang buta itu cekap, ia Cuma satu bentuk bantuan sahaja dan mudah diganggu oleh deria pendengaran.

6. Penyesuaian sosial
• Masalah personaliti: bukan masalah yang semula jadi, tetapi disebabkan oleh reaksi masyarakat yang tidak sesuai terhadap golongan ini kerana ketidakbiasaan mereka dengan orang buta.
• Kemahiran sosial agar sukar dicapai oleh orang buta. (contoh: senyum)

7. Perlakuan steorotaip
• Pengulangan pergerakan spt body rocking, gosok mata, menggerenyot muka


KEPERLUAN KHAS DALAM PENDIDIKAN: CACAT PENGLIHATAN


• PL 94-142 bertujuan memastikan semua kanak- kanak cacat menerima pendidikan percuma dan bersesuaian.
• Wujudkan RPI
• Pendidik perlu ada kefahaman tentang pembelajaran kanak-kanak cacat penglihatan
• Kanak-kanak normal: 80% - penglihatan 20% - deria lain
• Kanak-kanak buta: Peratusan pembelajaran melalui penglihatan dikurangkan dan peratusan melalui deria lain ditingkatkan (contoh: pendengaran dan sentuhan)
• Guru perlu melatih penggunaan penglihatan yg. masih ada ke tahap optimum (tidak benar jika dikatakan penggunaan deria penglihatan yang kerap boleh merosakkan mata)
• Ibu bapa, ahli keluarga, guru dan rakan sebaya adalah sumber penting utk memberi perkhidmatan bantuan dan galakan di bidang pelajaran utk membantu kanak-kanak ini mencapai matlamat hidup berdikari


PENDEKATAN PENGAJARAN: CACAT PENGLIHATAN


1. Braille
• dicipta oleh louis Braille di Perancis pada abad ke-19
• menggantikan ‘raised-line letters’
• Pada 1930an, Standard English Braille dicipta sbg kod, mengizinkan semua orang buta boleh membaca, tidak kira siapa yang melatih mereka
• Unit asas: quadrangular cell yg mengandungi 6 titik
• 2 cara tulis Braille: 1. Perkins Brailler
                              2. Slate & Stylus
• penting bagi pelajar buta utk hidup berdikari

• merupakan alat tulis utk orang buta di seluruh dunia utk menulis dgn mudah, cepat dan tepatKelebihan: membolehkan pelajar mencari bahagian tertentu dalam teks / ‘skimming’, mencatat nota, membaca ucapan, mencari pkt dlm kamus.
• Boleh digunakan utk menulis formula Sains, Maths, muzik dan bahasa asing.
• Guru khas membantu murid buta dlm kelas biasa utk belajar braille (boleh ajar ‘contraction’ sejak awal program.
• Murid tahun satu sudah mula diperkenalkan kpd braille.

2. Pengajaran menggunakan daya penglihatan yg masih ada (remaining sight/rabun)
• Kaedah: 
1. alat pembesar (kanta pegang, tv skrin)
2. buku cetakan besar (10 pt type - 30 pt, 18 pt paling popular)
3. Guna teleskop ketika guru mengajar
4. Large-faced typewriter
5. Projector
• Alat bantu mengajar belajar hendaklah besar, berwarna, kontras, dan bilik hendaklah terang

3. Guna kemahiran mendengar dan deria lain
• Sasaran: kanak-kanak buta
• Perlu ada kemahiran mendengar yg. baik
• Dongeng: orang buta tajam dlm pendengaran
• Sumber pelajaran: bahan rakaman & khidmat pembaca, alatan yg berpusatkan deria (sentuhan, bau, rasa, menjilat, dll).
• Con: mengira: pembilang spt abakus, manik dekak, dll)
• Kaedah: perbincangan, kooperatif, dll.

4. Latihan mobiliti
• Keupayaan kanak-kanak buta menghadapi ketidakupayaan bergantung kpd sebaik mana mereka dapat bergerak di persekitaran.
• Kemahiran mobiliti mempengaruhi darjah kebebasan / berdikari seseorang (buta) itu.
• 4 kaedah: tongkat, anjing, panduan manusia, alat elektronik (laser cane, sonicguide)

5. Kemahiran hidup
• merangkumi pengurusan diri, perlakuan di meja makan, kemahiran di rumah (kemahiran domestic), kemahiran di dapur.
• Pendekatan tactile (tactile approach)
• Kemahiran tactile – kontak melalui sentuhan merupakan satu-satunya cara kanak-kanak buta belajar tentang bentuk, tekstur (texture-con: jalinan benang pada tenunan)