Thursday, October 31, 2013

KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

 Masalah pendengaran atau cacat pendengaran terjadi apabila deria dengar seseorang terganggu atau terhalang daripada menerima atau mengamati sesuatu bunyi, perbualan atau bisikan orang lain (Asiah, 2012). Dengan kata lain, deria dengar tidak boleh berfungsi untuk kegunaan pendengaran biasa dalam kehidupan harian.

 Masalah pendengaran menjadi penghalang besar dalam mewujudkan perhubungan yang sempurna dengan orang lain, selain mengakibatkan mereka yang mengalami masalah ini mempunyai kekurangan dalam kemahiran bahasa dan komunikasi secara lisan atau tulisan. Mereka ini kurang upaya untuk menyampaikan apa yang difikirkan atau yang ingin diperkatakan serta sukar memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain.

Definisi Masalah Pendengaran 

"Kanak-kanak atau orang dewasa yang pekak iaitu seseorang yang tahap pendengarannya teruk (91 dB atau lebih) terutamanya saraf sensorinya rosak dan berlaku sebelum ia boleh bertutur. (Stephen P. Quigley & Robert E. Kretschmer, 1982)

• Definisi yang biasa diterima daripada aspek pendidikan diperolehi daripada Executive Committee of the Conference of Educational Administratiors Serving the Deaf (The Convention of American Instructors of the Deaf, 1960): "Hearing Impairment": Istilah generik yang menunjukkan kecacatan pendengaran yang dalam tahap ringan (mild) ke tahap teruk (severe); ini termasuk subset "deaf" dan "hard of hearing".

• Cacat pendengaran dapat dibahagikan kepada dua jenis:

• Pekak: Tidak dapat mendengar langsung walaupun ada alat bantu dengar (hearing aid).

• Separa pekak atau kurang/kesukaran pendengaran: masih ada sisa-sisa pendengaran untuk mengamati perbualan atau bunyi-bunyi dalam persekitaran, dan boleh mendengar dengan alat bantu dengar.

Tahap Kehilangan Pendengaran                           Asiah (2012)
• Tahap pendengaran yang normal: 0 - 25 dB
• Rendah (mild hearing loss 26 - 54 dB) atau          Ringan 27-40 dB
• Sederhana (partially deaf 55 - 69 dB) atau          Sederhana 41-55 dB
• Teruk (severely deaf 70 - 89 dB) atau                Sederhana Teruk 56-70 dB
• Sangat Teruk (profoundly deaf > 90dB) atau        Teruk 71-90 dB
• (perbezaan tahap pendengaran dalam skala dB adalah tidak sama, con: 120 vs 140dB tak sama dengan 40dB vs 60dB walaupun ada perbezaan DB yang sama: 20dB)

 Ciri masalah pendengaran tahap (Asiah 2012):
1. Ringan: masih ada sedikitan pendengaran, con: dengar bunyi dalam keadaan perlahan

2. Sederhana: boleh dengar dalam jarak 1 hingga 1.5 meter; diberi alat bantu dengar dan kadangkala dirujuk kepada jurupulih pertuturan supaya dapat menghasilkan perkataan yang betul.

3. Sederhana teruk: perlukan suara yang dikuatkan dalam perbualan; tidak dapat bertutur dengan baik kerana tidak boleh mendengar cara pertuturan yang betul dengan jelas.

4. Teruk: hanya dapat dengar bunyi yang kuat sahaja; mengalami pelbagai masalah bahasa dan pertuturan. Walaupun sebilangannya mempunyai tahap kecerdasan yang normal, tetapi mereka terjejas daripada aspek persepsi, social, emosi, pendidikan dan vokasional kerana kekurangan maklumat serta kefahaman dalam bidang yang berkaitan.
Keperluan penting: pakar perubatan, pakar pendidikan, pakar bidang dalam menentukan peringkat dan tahap perkembangan dan pemerolehan bahasa. Jika kecacatan berlaku pada peringkat sebelum pemerolehan bahasa, individu itu pasti tidak dapat berbahasa dan tiada kemahiran bertutur untuk komunikasi (Asiah, 2012). Intervensi awal seperti terapi pertuturan, fisioterapi, rawatan perubatan, pendidikan perlu disegerakan. Pasukan pelbagai disiplin seperti pakar ENT, audiologist, jurupulih pertuturan, guru bahasa isyarat, 
guru pendidikan khas, dll perlu bekerjasama untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran untuk mereka ini. Pihak lain seperti ibu bapa, ahli keluarga, dan ahli dalam komuniti juga perlu dilibatkan dalam membantu mereka ini.

JENIS-JENIS KEHILANGAN PENDENGARAN/KEPEKAKAN
1. Kehilangan pendengaran konduktif
• Kecacatan atau halangan yang melibatkan laluan bunyi di bahagian telinga luar atau telinga tengah sehingga menyekat penghantaran gelombang bunyi ke telinga dalam (contoh: pengumpulan cecair yang menghalang bunyi daripada sampai ke bahagian telinga dalam.
• Ketidakfungsian bahagian telinga luar/tengah iaitu meatus salur auditori luar (tersumbat), membran timpanik (berliang), & tulang-tulang osikel.
• Cth: Atresia - tiada tulang telinga
Otitis media – eardrum & ossicles tidak getar
Otosklerosis – penyakit tulang telinga
• Ketidakfungsian tiub Eustachian (tersumbat)
• Kepekakan jenis konduktif yang melibatkan telinga luar dan telinga tengah ini boleh diatasi melalui rawatan perubatan, pembedahan atau sekadar menggunakan alat bantu dengar.

2. Kehilangan pendengaran sensori-neural
• Ketidakfungsian bahagian telinga dalam
• Contoh: Kerosakan koklea & saraf auditori- bunyi yang disampaikan herot atau tidak disalurkan langsung menyebab bunyi tidak jelas atau sukar dibezakan; terdapat ketumbuhan di bahagian telinga tengah.
• Kepekakan amat sukar dirawat (kecuali “cocklea transpkant”) walaupun menggunakan alat bantu dengar.
• Masalah sensori-neural ini selalunya terjadi pada bayi ketika dalam kandungan yang disebabkan oleh factor genetik, jangkitan atau toksemia, atau kemalangan atau penyakit (contoh” rubella) yang dialami oleh ibu semasa hamil . Ia juga terjadi pada bayi selepas dilahirkan.

3. Kehilangan pendengaran bercampur/jenis campuran
• Konduktif + sensori-neural pada telinga yang sama
• Mengalami masalah/kecacatan di bhg. telinga luar/tengah dan juga bhg. Dalam
• Boleh disebabkan oleh gangguan atau kerosakkan di bhg. otak dan bukannya di telinga
• Lain-lain: unilateral hearinf impairment bilateral hearing impairment

PUNCA KECACATAN PENDENGARAN
• 30% ketidakupayaan pendengaran tidak diketahui
• 3 peringkat: (i) pra lahir; (ii) semasa lahir;(iii) selepas lahir
• Kongenital (congenital sensori neural deafness)

(a) Faktor perwarisan/genetik (familial deafness)
(b) Pralahir * Maternal Rubella * Faktor RH * Dadah & ubat-ubatan * Infeksi * Kelahiran pramatang & komplikasi semasa kehamilan
(c) Semasa & selepas lahir * Jangkitan kuman
* lahir tidak cukup bulan
* Kecederaan/trauma * Anoxia * Jaundice Neonatal * Meningitis (di selaput otak) * Penyakit spt: beguk, demam campak, ketumbuhan otak (con: acoustic neuroma) * bunyi yang terlalu kuat/nyaring
* ‘Presbyeacusis’ (faktor usia) * ‘Eksostosis’ (ketumbuhan pada tulang meatus * Bisul & cedera di kulit * Sekatan serumen atau ‘ear wax’ * Bendasing * Membran timpanik cedera
* Jangkitan telinga tengah (otitis media)

CIRI-CIRI PELAJAR CACAT PENDENGARAN
• Perkembangan bahasa - belajar bahasa dengan melihat - lemah dalam percakapan, bacaan, kefahaman dan penulisan walaupun menguasai bahasa isyarat dengan baik - Biasanya faham konsep tunggal

• Perkembangan Intelek - tanpa kecacatan lain, intelek adalah normal - proses berfikir sama dengan individu biasa

• Perkembangan sosial - sangat bergantung kepada orang - sangat rapat sesama rakan sendiri - kurang matang: malu, kurang pendedahan kepada peranan seks bagi yang kehilangan pendengaran yang serius, lebih masalah emosi semasa remaja

• Pencapaian akademik - pelajar yang mempunyai ibu bapa yang juga hilang pendengaran mempunyai pencapaian akademik yang lebih baik - lemah dalam banyak mata pelajaran kecuali Matematik, seni lukis, PJK. Amat lemah dalam bahasa.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR MASALAH PENDENGARAN
Pendekatan Pengajaran: Cacat Pendengaran
• Pendekatan lisan dengan sisa pendengaran
▫ hanya guna pertuturan untuk mamaham & menyampaikan bahasa
▫ dilarang menggunakan isyarat (gesture) /pointing / spelling out
▫ guna auditory & visual & tactual
▫ pembesaran bunyi, latihan auditori, speech reading, alat bantu teknologi
• Isyarat pertuturan
▫ - isyarat & pertuturan
• Komunikasi seluruh
▫ - digunakan secara meluas di sekolah
• Bahasa Isyarat
▫ - guna isyarat untuk mewakili kata-kata, idea dan konsep

▫ - juga guna ikonik untuk sampaikan makna

Guru Perlu:
* belajar mengenal alat bantuan dengar pelajar
* belajar ASL / KTBM / Ejaan Jari * guna komunikasi keseluruhan: isyarat + percakapan + bacaan bibir 
* mengadap pelajar semasa bercakap 
* galakkan pelajar bertanya 
* memahami ekspresi muka pelajar
* menerima tahap penguasaan bahasa 
* galakkan pelajar biasa menerima pelajar hilang Pendengaran
Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Di Malaysia

Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut,

"Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerjaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggung jawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan o/eh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan. "

Perkembangan Pendidikan Khas mengikut jenis adalah seperti berikut:

Pendidikan Masalah Penglihatan

1926
Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka
1931
SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang
1948
Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru Pembukaan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
1953
Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)
1958
Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM)
1962
Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih,
diperkenalkan
1963
Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan
1977
Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras
1978
Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu
1983
Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, Setapak
Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh
1984
Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-Quran
Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan, Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyenggaraan alatan braille

Pendidikan Masalah Pendengaran

1954
Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang
1954
Pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan Menengah), Tanjong Bunga, Pulau Pinang
1963
Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan. Percantuman Cacat Pendengaran oleh Kementerian pendidikan di sekolah
rendah dan sekolah menengah biasa yang dipilih
Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di Maktab perguruan Ilmu Khas, Cheras
1978
Pengenalan Kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pendidikan untuk menggubal sistem Bahasa Melayu Kod Tangan
Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh Kementerian pendidikan
1979
Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah pendengaran dalam Bidang Komunikasi Seluruh 1984 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan
1985
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh, Kementerian Pendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku Pendidikan Islam
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama Islam
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II Bahasa Malaysia Kod Tangan
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan Pendidikan Vokasional dan Teknikal
1987
Pembukaan Sekolah Menengah pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam

Program Percantuman/Inklusif

1962
Program pereantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan
dimulakan
1988
Permulaan kelas perintis untuk murid-murid peringkat bermasalah pembelajaran
1993
Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di Tingkatan 6 Bawah di Sekolah Menengah Methodist (Lelaki), Kuala
Lumpur
1994
Pembukaan kelas-kelas program inklusif seeara projek rintis di 14 buah sekolah di seluruh negara
1995
Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan

http://skhbpkbp.blogspot.com/2007/08/sejarah-pendidikan-khas-di-malaysia.html





Monday, October 14, 2013

Children Song - TWINKLE TWINKLE LITTLE STAR


Apa Dia Pendidikan Khas ?


……… Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa “.


Apa Dia kanak-kanak Khas ?

………… “Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa “.
Chua Tee Tee, 1981
PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar:-
·                     Perkembangan mental
·                     Kestabilan emosi

·                     Integrasi social

KANAK-KANAK KHAS
Merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.
“……… Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum ”.
Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993