Saturday, November 16, 2013

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

MAKSUD ‘KEPERLUAN KHAS’


Dalam konteks ini, keperluan khas merujuk kepada keperluan kanak-kanak iaitu atas satu sebab atau yang lain memerlukan bantuan khas, sokongan, dan rangsangan. Kanak-kanak yang dirujuk di sini boleh dirujuk kepada kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lambat dalam satu atau lebih daripada sebab berikut:
▫ Kerencatan akal
▫ Kecacatan fizikal
▫ Kekurangan penglihatan
▫ Kekurangan pendengaran
▫ Gangguan pertuturan
▫ Kesukaran dalam perkembangan sosial dan emosi

Sebahagian daripada kanak-kanak ini mungkin memerlukan bantuan khas untuk sepanjang hayat mereka, sementara yang lain mungkin memerlukan bantuan untuk suatu jangka masa tertentu.


KONSEP KANAK-KANAK LUAR BIASA (EXCEPTIONAL CHILDREN)


• Kanak-kanak dianggap luar biasa apabila program pendidikan perlu di ubahsuai untuk memenuhi keperluannya. Oleh itu kanak-kanak luar biasa bukan merujuk kepada mereka yang tidak dapat menguasai pembelajaran tetapi juga mereka yang mempunyai kepintaran dan bakat yang luar biasa.
• Kanak-kanak luar biasa daripada sudut pendidikan lebih sesuai dianggap sebagai kanak-kanak berkeperluan khas (KKBK *) atau kanak-kanak istimewa.


Kirk dan rakan-rakan (1993):


• Kanak-Kanak luar biasa secara umum lebih sesuai dirujuk sebagai kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa iaitu kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak biasa dari segi:
▫ Ciri-ciri mental
▫ Keupayaan deria
▫ Keupayaan komunikasi
▫ Perkembangan tingkah laku dan emosi atau
▫ Ciri-ciri fizikal/saraf/otot

• Perbezaan ini menyebabkan mereka memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas supaya ia dapat berkembang sehingga mencapai tahap kebolehan yang maksimum.


 Konsep luar biasa dalam konteks pendidikan:


• Kanak-kanak hanya dianggap luar biasa apabila program pendidikan perlu diubah untuk memenuhi keperluannya.
• Oleh yang demikian, kanak-kanak luar biasa bukan hanya merujuk kepada mereka yang tidak dapat menguasai pembelajaran tetapi juga mereka yang mempunyai kepintaran dan bakat yang luar biasa.
• Dalam pendidikan, kanak-kanak dikategorikan sebagai kanak-kanak luar biasa berdasarkan ciri-ciri tertentu bagi tujuan pengajaran yang meliputi:
 perbezaan intelek
 perbezaan komunikasi
 perbezaan deria
 perbezaan tingkah laku
 perbezaan fizikal
 kecacatan pelbagai dan serius


 Kanak-kanak berkeperluan khas mengikut Akta Pendidikan 1996:


• Murid-murid berkeperluan khas bererti murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan, atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran.
 Kategori Kanak-Kanak Luar Biasa: Secara umumnya Kanak-kanak luar biasa boleh dikategorikan seperti berikut:
• Rencat akal
• Masalah Pembelajaran
• Masalah tingkah laku
• Masalah komunikasi
• Masalah pendengaran
• Masalah penglihatan
• Kecacatan fizikal dan kesihatan
• Kecacatan yang serius dan pelbagai
• Pintar cerdas dan pelbagai


JENIS KANAK-KANAK LUAR BIASA


(1) Kanak-Kanak Berbeza Keupayaan Mental
(a) Kanak-kanak defisit kognitif
i Kanak-kanak rencat akal
• Dari kumpulan terendah dalam skala kecerdasan (DK=70, 2.14% dpd populasi)
ii Kanak-kanak ‘Down Syndrom’
• Ciri DS: kelainan dari segi fizikal, intelek, dan personaliti
iii Kanak-kanak bermasalah pembelajaran (Learning Disabilities)
• Kanak-kanak yang mengalami masalah pemprosesan maklumat dan mempunyai keupayaan intelek yang rendah.

(b) Kanak-kanak pintar cerdas
• Dari kumpulan tertinggi dalam skala kecerdasan (DK>130, 2.14% dpd populasi)
(c) Kanak-kanak kreatif (Menghasilkan idea yang luar biasa dalam penyelesaian masalah dan berdaya cipta) dan berbakat khas (Mempunyai kebolehan luar biasa dalam bidang sukan, kraftangan, muzik, seni, drama, kepimpinan, dll)

(2) Kanak-kanak Autistik
• Mereka yang mengalami gangguan perkembangan yang luas kerana mempunyai keperluan dalam banyak aspek spt: tingkah laku, sosial, akademik, aktiviti fizikal.
• Masalah utama: interaksi & komunikasi

(3) Kanak-kanak Cacat Deria
(a) Cacat Penglihatan
• buta (20/200) atau rabun (20/70)
(b) Cacat Pendengaran
• tidak dapat mendengar langsung atau kurang pendengaran

(4) Kanak-kanak Cacat Fizikal/Anggota
• Contoh: cerebral palsy boleh mengakibatkan masalah koordinasi anggota atau masalah pergerakan-motor.
• Epilepsi: mengalami sawan, tidak sedarkan diri dan hilangan kawalan motor.
• Spastik:
 Cedera otak dan tidak berupaya menggerakkan anggota-anggotanya. Otot menjadikan pergerakan tidak harmoni. Pergerakan lambat dan tersekat-sekat.
 Biasanya kanak-kanak ini disertai rencatan akal, kerosakan penglihatan, pendengaran, pertuturan dan/atau masalah-masalah motor.

(5) Kanak-Kanak Bermasalah Komunikasi
• Masalah pertuturan dan bahasa: pertuturan yang jauh menyimpang daripada pertuturan biasa atau kod bahasa seperti tidak boleh menyebut atau memahami perkataan.
• Masalah utama: gangguan artikulasi dan kesukaran dalam menghasilkan bunyi. Masalah lain ialah masalah suara dan kelancaran pertuturan seperti ‘gagap’ (stuttering).
• Masalah komunikasi pula meliputi masalah reseptif (memahami apa yang dituturkan oleh orang lain) atau ekspresif (melahirkan apa yang ingin diperkatakan kepada orang lain), atau kedua-dua sekali menyebabkan individu tersebut tidak boleh berkomunikasi langsung dengan orang lain.

(6) Kanak-Kanak Bermasalah Tingkah Laku (Behavioral Disorder)
• Merangkumi ketidakupayaan yang luas. Yang paling serius ialah gangguan emosi seperti tingkah laku psikotik dan childhood schizophrenia.
• Ciri-ciri: suka langgar peraturan, suka mengganggu, dan ada yang agresif, tarik diri dan murung, dianggap tingkah laku yang tidak sesuai di sekolah. Mereka mempunyai kecerdasan yang normal tetapi menunjukkan pencapaian kemahiran akademik yang rendah walaupun ada yang menunjukkan pencapaian yang memuaskan.

(7) Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)
• American Psychiatric Association (1987) menyifatkan ADHD bercirikan perkembangan yang kurang sesuai daripada segi darjah tumpuan, impulsiveness, dan hyperactivity.
• Pelajar ADHD mengalami masalah dalam pencapaian akademik di samping masalah tingkah laku.
• Walaupun ADHD tidak tergolong sebagai ketidakupayaan daripada segi undang-undang, tetapi pelajar ini dianggap kurang upaya disebabkan oleh ketidakupayaan yang lain. Lagi pun, Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (1991) memerintahkan pelajar-pelajar ini diberi perkhidmatan pendidikan khas.

No comments:

Post a Comment