Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas Di Malaysia
Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia
bermula pada tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang terlibat dalam
pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Laporan
Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui
Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan
dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia.
Perakuan ini menyebut,
|
"Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab
terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerjaan hendaklah
mengambil alih sepenuhnya tanggung jawab pendidikan itu dari pihak-pihak
persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan o/eh
badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah
terus digalakkan. "
|
Perkembangan Pendidikan Khas mengikut jenis adalah seperti berikut:
|
Pendidikan Masalah Penglihatan
|
|
1926
|
|
Pembukaan Sekolah
Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka
|
|
|
1931
|
|
SRPK St. Nicholas
berpindah ke Pulau Pinang
|
|
|
1948
|
|
Pembukaan SRPK
Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat di Johor Bahru Pembukaan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney
- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
|
|
|
1953
|
|
Pembukaan Institut
Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)
|
|
|
1958
|
|
Pembukaan Institut
Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM)
|
|
|
1962
|
|
Rancangan
percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah
dan menengah biasa yang dipilih,
diperkenalkan
|
|
|
1963
|
|
Rancangan
percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah
dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan
|
|
|
1977
|
|
Permulaan Latihan
perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu
Khas, Cheras
|
|
|
1978
|
|
Penubuhan
Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk
mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu
|
|
|
1983
|
|
Pembukaan Sekolah
Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, Setapak
Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai
sekolah bertaraf penuh
|
|
|
1984
|
|
Penubuhan
Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya bagi tujuan mengembangkan
Sistem Kod Braille AI-Quran
Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan,
Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille
khususnya buku teks dan penyenggaraan alatan braille
|
|
|
Pendidikan Masalah Pendengaran
|
|
1954
|
|
Pembukaan kelas
pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang
|
|
|
1954
|
|
Pembukaan Sekolah
Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan Menengah), Tanjong Bunga, Pulau
Pinang
|
|
|
1963
|
|
Pembukaan
kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan. Percantuman Cacat Pendengaran oleh
Kementerian pendidikan di sekolah
rendah dan sekolah menengah biasa yang dipilih
Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di Maktab
perguruan Ilmu Khas, Cheras
|
|
|
1978
|
|
Pengenalan Kaedah
Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pendidikan untuk menggubal sistem
Bahasa Melayu Kod Tangan
Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh Kementerian pendidikan
|
|
|
1979
|
|
Kursus Dalam
Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah pendengaran dalam Bidang
Komunikasi Seluruh 1984 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah
Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan
|
|
|
1985
|
|
Penubuhan
Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh, Kementerian Pendidikan
untuk perkembangan Sistem Kod Buku Pendidikan Islam
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama Islam
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II Bahasa Malaysia
Kod Tangan
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan Pendidikan
Vokasional dan Teknikal
|
|
|
1987
|
|
Pembukaan Sekolah
Menengah pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam
|
|
|
Program Percantuman/Inklusif
|
|
1962
|
|
Program
pereantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan
dimulakan
|
|
|
1988
|
|
Permulaan kelas
perintis untuk murid-murid peringkat bermasalah pembelajaran
|
|
|
1993
|
|
Tiga (3) pelajar
pendidikan inklusif ditempatkan belajar di Tingkatan 6 Bawah di Sekolah
Menengah Methodist (Lelaki), Kuala
Lumpur
|
|
|
1994
|
|
Pembukaan
kelas-kelas program inklusif seeara projek rintis di 14 buah sekolah di
seluruh negara
|
|
|
1995
|
|
Program Bermasalah
Pembelajaran peringkat menengah dimulakan
http://skhbpkbp.blogspot.com/2007/08/sejarah-pendidikan-khas-di-malaysia.html
|
|
|
No comments:
Post a Comment